Tuesday, January 23, 2018

KHAI BAHAR AJL32

Memandangkan blog yg I tulis ni macam sepi aje..so apa kata i try guna pendekatan tumpang nama artis..gitew...kenal ke Khai Bahar? Hahaha..mana peminat tegar industri tanahair Malaysia mungkin kenal la kot. I tahu pasal dia pun sebab terdengar lagu dia kat radio (hari itu tetiba suami bukak radio melayu..kami anak-beranak suka dengar FlyFM..)..Bagi I lagu diasedap la jugak...Dok la humming pastu dah ingat..Budak designer yang keje dgn I kira umur dalam 20an, mmg tahu la all tis singer tetapi pengetahuan dia dlm bidang K-POP lagi dasat. Tegar tak ingat..ko tanye je la apa soalan tentang K-POP, dah macam wartawan pun ada cara dia bercerita. 

Berbalik tentang Khai Bahar, I kena gelak sebab tersalah sebut nama lagu. Dengan yakin I cakap tajuk lagu dia Bangang..(padahal aku yang bangang). Berdekah-dekah budak ofis. Hampeh..Siap suruh bukak Youtube untuk kepastian dan dengan muka paling tebal mmg aku yang bangang..Hahahahah..Tajuk yang betul Bayang. Vongoks..Tak apa, kita belajar dari kesilapan. Nak dijadikan cerita, dapatlah aku 1 idea yang sangat bernas lagi vass. Memandangkan keadaan waktu itu lagu Bayang berjaya masuk peringkat akhir Anugerah Juara Lagu 32, so why not the company i work with sponsor fabric uuntuk baju persembahan & red carpet. Nampak tak lampu menyala2 atas kepala. So, i pun cari la contact number syarikat rakaman & manage to talk to his manager. After few discussion (meet, greet, fabric selection base to design, price & aproval from my MD), so akhirnya designers pun datangla amik fabrik kat kedai.. 

Photo sebelah, itulah designer nye. 2 orang tu je. Azhar Zainal dan Amir Kadir (tengah). Yang kanan sekali tu Manager/Cikgu Vokal Abg Fahrul. Nampak tak gaya lakonan depa nih...berbincang nak amik kain apa...hahahahha. Well, its nice to know them which for god sake I tak kenal pun derang ni. Lepas borak-borak, Azhar Zainal mmg dikenali di kalangan artis big size & he loves to design for those who have the extra size. Macam dia jugak, besar & tinggi you. Amir Kadir as to describe, hes the person yang design baju Aisyah Janji Manismu untuk program Gegar Vaganza dr episod 4 to final...terus menang Aisyah ko...Itu cerita dia kat Malaysia yang baru 2 tahun balik. Sebelum ni dia based kat Dubai & design baju penyanyi international like Taylor Swift, Beyonce etc...(dah gi google nama dia). Hebat kan? Kiranya dia ni sebenarnya seangkatan la jugak dengan Rizalman tu...

Nampak tak how comel derang tu...kan? Baju untuk Khai Bahar - persembahan & red carpet dah ada tapi tak boleh la nak reveal designnye..TOP SECRET! Kita tengok aje la nanti live AJL32. As company yang majority buyers nye Melayu, tapi owner dia bukan Melayu. Hanya tahu artis-artis glamer atau yang top2 aje. Cth Nora Danish, Tok Ti, Aaron Aziz & yang seangkatannya. Bile sebut Khai Bahar, penyanyi baru yang sedang naik...lagi la depa ni blur..Nasib baiklah adanya IG & FB so bolehla tunjuk nomber follower KB. Secara kebetulan pulak, si KB ni buat hal kat Meletop -pegangan mic terbalik (ko rase?)..terus viral 1 Malaysia. Hahahha..tapi penerimaan KB sangat positif. So, kena tahu, dalam bidang entertainment ni its either you do good or bad just to attract people attention. I repeat ATTENTION ye. Itu sebabnya, motif-motif video viral tu jadi meletop...Ayat yang paling tepat, how you sell yourself dalam industri. Itu je rahsianye..

Designers I dah jumpe, KB je blom lagi..nmpknye the team sangat bekerja keras untuk menang AJL. Hopefully persembahhan dia akan menang memandangkan konsep dia begitu vavavoom. Barang-barang main import dari luar tau..Lagipun dengan folower yang ribu-ribu, hopefully he win sebab undian datang dari peminat..ko rase? 


Inila Khai Bahar. Single terbaru dia Luluh. Suara dia sedap la. kalau tengok IG, hes very sporting & humble. Org ckp tak delah culture shock with the entertainment industry. Dia terima seadanya dan sangat enjoy dengan nyanyian dia. Yg paling kelakar (I categorized it as chomel) hes melatah hokey....hahahahha..Nak tahu pasal dia gi stalk IG KhaiBahar94. 




Yang sebelah ni, itu la I..in yellow tudung. Nak jugak enterframe..Harusla kan..Yang baju biru tu..hensem kan? Itu namanye Rahman..org Pakistan..tinggi macam model. I mlanguk kot bile nak cakap dengan dia..Senior Sale kat tempat keje I. I love my job to the max!!! 








Tuesday, January 9, 2018

ROTI TAMPAL

Apa itu roti tampal? Dulu pernah la dengar orang order roti tampal kat mamak, tapi x de la pulak teruja bebenor nak makan. Tetapi sejak-sejak akhir ini, paling tepat sejak berjiran dengan restoran nasi kandar aka mamak, kemain menu breakfastnya...roti tampal & nescafe tarik..boleh dikatakan setiap hari la pulak..tak jemu ke? memang tak sebab roti tampal kat sini lebih garing & telur goyang yang paling best...dia punye feel tu bile sudu memcahkan telur kuning tu, pergh..melimpah ruah telur kuning tu..ditambah pulak dengan kuah campur- dal, kari & kuah hitam (myb masak kicap)..tapi masyalaah..sedap weh..

Roti Tampal & Nescafe Tarik


Tau ke apa tu roti tampal? Mula-mula dulu pelik jugak dengar roti tampal. Adakah roti canai ditampal 2 jadi 1, atau roti canai yang ditampal kat roti, atau roti canai yang ditebar secara tampalan pada kuali atau roti canai yang tepungya ditampal-tampal untuk dijadikan roti canai dan idea yang paling teruk sekali ialah roti canai ditampal dengan gam...(mabuk kah?)..Apabila hari-hari berdating sebelum ke tempat kerja, kedai mamak menjadi saksi cinta (ewah)..dah sampai sanggap tak tau nak makan apa..nyudahnya tanye kat tukang order, ada apa menu lain selain roti kosong, roti telur, capati, roti bawang, tosei, telur separuh masak, roti bakar, tosei telur dan lain2..(nampak no kau kaki mamak)...tu yang si tukang order cakap roti tampal. Kami berdua pun angguk tanda setuju. Tungu roti tampal penuh debaran nak tahu cam mana la rupenya roti tampal..Bila smapai kat meja..owhhhhhh..roti canai ditepekkan telur. tak ada special sangat kot..Tapi tu la, kejutan yang diberikan roti tampal adalah kuning telurnya yang mengalir bila dipecahkan. Bagi yang suka telur dimasak cara macam ni atau dipanggil telur goyang..memang heaven. Tapi bagi yang banyak songeh x suka dengan hanyir telur..ikut sahaja tekak sendiri ye..

Lepas-lepas tu try la kita ni kat kedai mamak lain, order roti tampal..banyak yang kurang jadi. Bila selidik rahsia kat roti tampal ini adalah kegaringan roti canai itu sendiri. Kena garing baru ngam woo...Pernah jugak la, yang si tukang buat ni buat tak garing...kena reject la..so, skrng ni.kalau i order, memang garing2 dia bagi...

Kedai i makan ni pernah dinobatkan 10 kedai nasi kandar terbaik di KL..x perlu nak terbang ke Penang kalau setakat nak merasa nasi kandaq. Specialty dia kat sini ialah kuah hitam dia..pergh..memang terbaik kau...Orang yang lama dusuk KL or kiranya pangkat abahmak kita memang tau la tempat ni...kedai otai. Nama kedai Restoran Ibramshah Nasi Kandar. Nak datang google aje. Kalau staf area2 Jln TAR memang pakat datang breakfast & lunch. Setakat ni, time lunch je la beratuq panjang...

Nanti i share ada lagi 1 menu yang x ramai yang tahu..Ada kat cni jugak..memang rare...Esok2 aje la. now nak keje..

p/s : smlm naik star lrt  kena tinggal separuh jalan...hahahaha..


Thursday, January 4, 2018

CERITA POLIS

2018!!! Selamat Tahun Baru!!


Bila tengok blog sendiri, tahun lepas 1 je entry...tepuk dahi hokeh...antara azam tahun 2017 ialah ingin memblog dengan cargas...hampeh..Dulu alasan sebab beranak, asik mengulit anak pagi petang siang malam, pastu alasan keje yang bertimbun-timbun kat opih...So, untuk tahun baru ini adalah lebih baik tidak mewarwarkan azam secara zahir..batinkan aje azam tu..boley? kalu berazam lebih2 confrm tak menjadi. Jadinya zahirkan aje dalam hati, myb menulis hari2. 

Dalam kepala banyak benda nak ditulisnye. Dari cerita hal anak, suami, makbapak, adikbradik, kerja, ofis, lrt, manusia sejagat dll. Pergh, pemikiran tahap apa ko ni? Semua benda nak fikir...Hahahahha..So utk entry kali ini, kita fokus cerita kat tajuk utama. (sebab tu tulis tajuk awal2, fokus). 

Bukan nak cerita sangat pasal polis tapi ada kaitan la jugak sebab berlaku dekat balai polis. Nak dijadikan cerita, I pegi balai polis nak buat report. Report untuk tarik kereta. Sbrnya, sukarela melepaskan kereta itu ditarik. Yang ini cerita yang lain. Kita masuk bab kereta, bank & hutang. Sementara menunggu giliran untuk buat report, terdengarlah report satu makcik ni..sebab dia punye cerita satu balai boleh dengar..gitew. Bile dengar betul2, rupanya kes kena tipu..RM50k (cash & barang kemas). Yang paling hangat, baru berlaku 2-3 jam sebelum. Siap tunjuk plastik merah berisi garam. Menyelah la ketua balai cakap makcik tu kena pukau...ini bukan kes kali pertama, tapi dah ada beberapa kes berlaku sebelum tu. 

Haiyo...makcik tu boleh cerita detail macam mana benda tu boleh berlaku. Kronologinya adalah seperti yang makcik tu cerita,

" Pagi tadi, makcik macam biasa pergi pasar. Jalan kaki sebaba pasar dekat. Masa nak smapai kat area pasar tu, ada seorang perempuan datang kat makcik macam nak jual barang tapi bawak plastik merah. Dia tanya makcik, sihat ke? ada sakit2 ke? makcik pun jawab la..biasela orang tua, sakit kaki, kencing manis..Perempuan tu tanye makcik lagi, duduk kat mana? Makcik cakap la duduk kat apartment hujung sana. Perempuan tu pun cakap, dia pun duduk kat situ. Makcik tingkat 10, dia duduk tingkat 8. Pastu dia cakap lagi, saya nak bagitahu makcik, kalau nak sihat dan umur panjang, dia boleh tolong sembahyangkan sebab dia nak pergi temple suci kat Taiwan. Memang mujarab. Kalau x percaya makcik ambik plastik ni. Makcik pun ambikla plastik ni (sambil tunjuk plastik berisi garam atas meja)...Pastu, dia cakap lagi..kalau nak sembahyang kena bayar. Lagi banyak bayaran, lagi mujarab la. Makcik pun pegila bank..keluarkan semua duit simpanan makcik. Makcik pegi naik teksi. Lepas tu balik rumah, amik barang kemas. Turun bawah jumpa budak perempuan tu. Dia tunggu makcik depan guardhouse. Makcik pun serahkanlah semua duit dan barang kemas pada dia. Kemudian makcik balik rumah dan tersedar yang makcik macam dah kena tipu (macam ye)..makcik cakap dekat jiran sebelah..tu yang dia suruh datang sini buat report..Kalau anak makcik tau ni, habislah makcik...." 

Kesian pulak nengok makcik tu..tak pasal2 habis duit dalam sekelip mata...Ayat suruh makcik ni lagi best...siap suruh polis pegi time-time tu jugak cari perempuan tu...siap ckap perempuan tu belum lari lagi la...pegi tangkap sekarang la...hahahahaa..Itu la ceritanya...kita yang blom terkena ni..hati2 la ye. kadang2 berhati2 pun terkena juga..apa2 pun beringat, tawakal la ye..

*foto sekadar hiasan