Tuesday, January 9, 2018

ROTI TAMPAL

Apa itu roti tampal? Dulu pernah la dengar orang order roti tampal kat mamak, tapi x de la pulak teruja bebenor nak makan. Tetapi sejak-sejak akhir ini, paling tepat sejak berjiran dengan restoran nasi kandar aka mamak, kemain menu breakfastnya...roti tampal & nescafe tarik..boleh dikatakan setiap hari la pulak..tak jemu ke? memang tak sebab roti tampal kat sini lebih garing & telur goyang yang paling best...dia punye feel tu bile sudu memcahkan telur kuning tu, pergh..melimpah ruah telur kuning tu..ditambah pulak dengan kuah campur- dal, kari & kuah hitam (myb masak kicap)..tapi masyalaah..sedap weh..

Roti Tampal & Nescafe Tarik


Tau ke apa tu roti tampal? Mula-mula dulu pelik jugak dengar roti tampal. Adakah roti canai ditampal 2 jadi 1, atau roti canai yang ditampal kat roti, atau roti canai yang ditebar secara tampalan pada kuali atau roti canai yang tepungya ditampal-tampal untuk dijadikan roti canai dan idea yang paling teruk sekali ialah roti canai ditampal dengan gam...(mabuk kah?)..Apabila hari-hari berdating sebelum ke tempat kerja, kedai mamak menjadi saksi cinta (ewah)..dah sampai sanggap tak tau nak makan apa..nyudahnya tanye kat tukang order, ada apa menu lain selain roti kosong, roti telur, capati, roti bawang, tosei, telur separuh masak, roti bakar, tosei telur dan lain2..(nampak no kau kaki mamak)...tu yang si tukang order cakap roti tampal. Kami berdua pun angguk tanda setuju. Tungu roti tampal penuh debaran nak tahu cam mana la rupenya roti tampal..Bila smapai kat meja..owhhhhhh..roti canai ditepekkan telur. tak ada special sangat kot..Tapi tu la, kejutan yang diberikan roti tampal adalah kuning telurnya yang mengalir bila dipecahkan. Bagi yang suka telur dimasak cara macam ni atau dipanggil telur goyang..memang heaven. Tapi bagi yang banyak songeh x suka dengan hanyir telur..ikut sahaja tekak sendiri ye..

Lepas-lepas tu try la kita ni kat kedai mamak lain, order roti tampal..banyak yang kurang jadi. Bila selidik rahsia kat roti tampal ini adalah kegaringan roti canai itu sendiri. Kena garing baru ngam woo...Pernah jugak la, yang si tukang buat ni buat tak garing...kena reject la..so, skrng ni.kalau i order, memang garing2 dia bagi...

Kedai i makan ni pernah dinobatkan 10 kedai nasi kandar terbaik di KL..x perlu nak terbang ke Penang kalau setakat nak merasa nasi kandaq. Specialty dia kat sini ialah kuah hitam dia..pergh..memang terbaik kau...Orang yang lama dusuk KL or kiranya pangkat abahmak kita memang tau la tempat ni...kedai otai. Nama kedai Restoran Ibramshah Nasi Kandar. Nak datang google aje. Kalau staf area2 Jln TAR memang pakat datang breakfast & lunch. Setakat ni, time lunch je la beratuq panjang...

Nanti i share ada lagi 1 menu yang x ramai yang tahu..Ada kat cni jugak..memang rare...Esok2 aje la. now nak keje..

p/s : smlm naik star lrt  kena tinggal separuh jalan...hahahaha..


No comments:

Post a Comment