Saturday, December 3, 2016

RAJIN ATAU TAK?

Assalam. 

Terperasan jugak, akhir tahun je baru nak memblog. Mungkin sebab keadaan cuaca yang sejuk, nyaman..maklumlah hujan hari-hari. Tak jugak! Ini sebab dah terasa lama bebenor tak menulis blog. Orang siap 'carik makan' dengan blog lah..Kita? Memblog untuk mempertingkatkan lagi kemahiran menulis..gitu..

Kali ini, menulis penuh dalam bahasa Malaysia. Tak nak campur dengan English. Bagi saya orang yang suka merojakkan bahasa adalah orang yang sebenarnya dia tak tahu kedua-dua bahasa. Contoh paling dekat, diri sendiri. Cakap campur BM-English. Bila suruh cakap penuh English, agak gagal jugak lah. Bila suruh cakap penuh bahasa, hamek ko, lintang pukang bahasanya. Adalah baik sekiranya kita guna aja 1 bahasa dalam satu-satu masa. Anak-anak pun x keliru. 

Saya dah praktikan, memang sangat berkesan. Siap bagi jadual pada anak-anak, hari apa perlu cakap English, hari apa cakap bahasa. Dah macam zaman saya sekolah dulu. Kalau ikutkan kat sekolah saya dulu 100% bahasa pengantarnya English tapi masih menerapkan bahasa Malaysia sebab nak galakkan murid-murid yang tak bercakap bahasa bertutur dalam bahasa. Mereka ini memang tak berapa nak cakap bahasa sebab kat rumah bertutur English. Bukan anak orang putih pun. Tapi, bahasa mereka sangat bagus, tak de pelat langsung apabila dah bergaul kat sekolah. Macam saya, 100% menggunakan bahasa. Bila kat sekolah, agak terkejut jugak la dengan budaya 100% bertutur English ni. Pernah kena denda dengan pengawas sebanyak 20sen sebab cakap bahasa pada hari yang jadualnya English. Bukan sekali dua, banyak kali. Jadi, nak tak nak memang kena bertutur English walaupun tongang terbalik. Akhirnya, kerana rendah diri, memang tak ikut pun walaupun ramai yang bantu membetulkan. Berfikiran cetek sungguh pada masa usia remaja tu. Bukannye tak pandai, tapi tidak la selancar macam orang putih tu. Bolehlah...

Yang paling penting, jangan sesekali memperlekehkan orang. Ohh..ni memang ramai. Siap jeling sinis la kalau saya dan anak-anak bertutur English, nak pulak kat kedai makan yang majoritinya orang Melayu. Dengar jugalah ke telinga saya, 'cakap orang putih, dah macam tak reti cakap melayu'. Anak-anak saya mendengar dan bertanya 'Tak boleh ke kita cakap Englih? Jawapan saya ialah 'Abaikan orang-orang macam tu, kawan pun jangan sebab dia tidak membantu kamu untuk jadi pandai'. Saya ingatkan orang di zaman saya aje yang bercakap seperti itu dan mereka patutnya berubah la juga, ini tidak,  membawa budaya itu turun temurun. Saya sangat kasihan dengan keluarga itu. Saya mengambil iktibar dari kesilapan saya dan mempraktikkan kepada anak-anak saya. Mujur saya menyedari kesilapan dan cuba memperbetulkannya. Kita boleh fikir sendiri la ye, budaya yang menjadi ikutan dan tak. Ada ramai juga cikgu-cikgu kat sekolah yang berfikiran macam itu. Tak semua tapi kebanyakkannya. Galakan bukan sahaja dari segi untuk belajar tetapi apa sahaja yang menuju ke arah kebaikan. 

*(bila baca balik, ayat dah jadi skema..erk...)

Berbalik kepada isu rajin atau tak? Ini memang sangat subjektif. Subjektif ke? Macam menilai ketampanan atau kecantikan seseorang? Jauh sangat tersasarnya. Apa-apa yang kita buat, mesti ada usaha. Kalau berusaha tetapi, masih belum mencapai sasaran, kita usaha lagi..dan lagi...sehinggalah mencapai apa yang kita nak. Tetapi kekadang usaha di campur dengan kebodohan tak jadi jugak. Usaha mesti dengan kepandaian. Kalau dah nampak usaha yang kita buat itu tak kan membuahkan hasil, kenapa perlu buat lagi? Kan? Tukar cara, dan cuba lagi. Kalau dah cuba, orang lain pun nasib yang sama tetapi dia berjaya, mungkin ada hikmahnya di situ. Yang penting bijak menyelesaikan masalah. 

Nak di kira masalah, memang tak terkira la kot. Hari-hari ada masalah terutamanya yang dah ada anak. Masalah anak ini dibuat je, nak tengok macam mana kita bijak tak dalam menangani masalah tersebut. Sampai tahap nak mandi pun bermasalah, nak makan, nak tidur, nak main...ada je konflik. 
(Saya ada anak umur 9,7 dan 2 ye..). Kalau di tanya ibu-ibu yang kat luar sana terutamanya mereka yang ada anak lebih dari 2, pergh..memang itu la tabii budak-budak. Sangat kagum dengan ibu-ibu yang kerjanya menguruskan anak-anak. Bagi saya perkataan surirumah itu dah tak sesuai di gunakan lagi. Bukan apa, pernah berada pada situasi itu dan memang ramai yang memandang rendah kalau kita cakap kita ni surirumah. Nasib baik la saya ni jenis yang ikut suka kau la apa ko nak kata, nak mengumpat, pergi jaha....( bahasa kasar nih). Banyak sangat pandangan yang terbuku kat dalam hati ini. Rasanya, memang kena tunggu bulan Disember la untuk memblog sebab menjadi satu rumusan apa yang berlaku sepanjang tahun ini. Kesian bebudak, terbiar sekejap sebab mak dia sibuk memblog. (Padahal mereka sebuk dengan tablet..cet). 

Sehingga isu yang lain! 


No comments:

Post a Comment