Tuesday, January 23, 2018

KHAI BAHAR AJL32

Memandangkan blog yg I tulis ni macam sepi aje..so apa kata i try guna pendekatan tumpang nama artis..gitew...kenal ke Khai Bahar? Hahaha..mana peminat tegar industri tanahair Malaysia mungkin kenal la kot. I tahu pasal dia pun sebab terdengar lagu dia kat radio (hari itu tetiba suami bukak radio melayu..kami anak-beranak suka dengar FlyFM..)..Bagi I lagu diasedap la jugak...Dok la humming pastu dah ingat..Budak designer yang keje dgn I kira umur dalam 20an, mmg tahu la all tis singer tetapi pengetahuan dia dlm bidang K-POP lagi dasat. Tegar tak ingat..ko tanye je la apa soalan tentang K-POP, dah macam wartawan pun ada cara dia bercerita. 

Berbalik tentang Khai Bahar, I kena gelak sebab tersalah sebut nama lagu. Dengan yakin I cakap tajuk lagu dia Bangang..(padahal aku yang bangang). Berdekah-dekah budak ofis. Hampeh..Siap suruh bukak Youtube untuk kepastian dan dengan muka paling tebal mmg aku yang bangang..Hahahahah..Tajuk yang betul Bayang. Vongoks..Tak apa, kita belajar dari kesilapan. Nak dijadikan cerita, dapatlah aku 1 idea yang sangat bernas lagi vass. Memandangkan keadaan waktu itu lagu Bayang berjaya masuk peringkat akhir Anugerah Juara Lagu 32, so why not the company i work with sponsor fabric uuntuk baju persembahan & red carpet. Nampak tak lampu menyala2 atas kepala. So, i pun cari la contact number syarikat rakaman & manage to talk to his manager. After few discussion (meet, greet, fabric selection base to design, price & aproval from my MD), so akhirnya designers pun datangla amik fabrik kat kedai.. 

Photo sebelah, itulah designer nye. 2 orang tu je. Azhar Zainal dan Amir Kadir (tengah). Yang kanan sekali tu Manager/Cikgu Vokal Abg Fahrul. Nampak tak gaya lakonan depa nih...berbincang nak amik kain apa...hahahahha. Well, its nice to know them which for god sake I tak kenal pun derang ni. Lepas borak-borak, Azhar Zainal mmg dikenali di kalangan artis big size & he loves to design for those who have the extra size. Macam dia jugak, besar & tinggi you. Amir Kadir as to describe, hes the person yang design baju Aisyah Janji Manismu untuk program Gegar Vaganza dr episod 4 to final...terus menang Aisyah ko...Itu cerita dia kat Malaysia yang baru 2 tahun balik. Sebelum ni dia based kat Dubai & design baju penyanyi international like Taylor Swift, Beyonce etc...(dah gi google nama dia). Hebat kan? Kiranya dia ni sebenarnya seangkatan la jugak dengan Rizalman tu...

Nampak tak how comel derang tu...kan? Baju untuk Khai Bahar - persembahan & red carpet dah ada tapi tak boleh la nak reveal designnye..TOP SECRET! Kita tengok aje la nanti live AJL32. As company yang majority buyers nye Melayu, tapi owner dia bukan Melayu. Hanya tahu artis-artis glamer atau yang top2 aje. Cth Nora Danish, Tok Ti, Aaron Aziz & yang seangkatannya. Bile sebut Khai Bahar, penyanyi baru yang sedang naik...lagi la depa ni blur..Nasib baiklah adanya IG & FB so bolehla tunjuk nomber follower KB. Secara kebetulan pulak, si KB ni buat hal kat Meletop -pegangan mic terbalik (ko rase?)..terus viral 1 Malaysia. Hahahha..tapi penerimaan KB sangat positif. So, kena tahu, dalam bidang entertainment ni its either you do good or bad just to attract people attention. I repeat ATTENTION ye. Itu sebabnya, motif-motif video viral tu jadi meletop...Ayat yang paling tepat, how you sell yourself dalam industri. Itu je rahsianye..

Designers I dah jumpe, KB je blom lagi..nmpknye the team sangat bekerja keras untuk menang AJL. Hopefully persembahhan dia akan menang memandangkan konsep dia begitu vavavoom. Barang-barang main import dari luar tau..Lagipun dengan folower yang ribu-ribu, hopefully he win sebab undian datang dari peminat..ko rase? 


Inila Khai Bahar. Single terbaru dia Luluh. Suara dia sedap la. kalau tengok IG, hes very sporting & humble. Org ckp tak delah culture shock with the entertainment industry. Dia terima seadanya dan sangat enjoy dengan nyanyian dia. Yg paling kelakar (I categorized it as chomel) hes melatah hokey....hahahahha..Nak tahu pasal dia gi stalk IG KhaiBahar94. 




Yang sebelah ni, itu la I..in yellow tudung. Nak jugak enterframe..Harusla kan..Yang baju biru tu..hensem kan? Itu namanye Rahman..org Pakistan..tinggi macam model. I mlanguk kot bile nak cakap dengan dia..Senior Sale kat tempat keje I. I love my job to the max!!! 








Tuesday, January 9, 2018

ROTI TAMPAL

Apa itu roti tampal? Dulu pernah la dengar orang order roti tampal kat mamak, tapi x de la pulak teruja bebenor nak makan. Tetapi sejak-sejak akhir ini, paling tepat sejak berjiran dengan restoran nasi kandar aka mamak, kemain menu breakfastnya...roti tampal & nescafe tarik..boleh dikatakan setiap hari la pulak..tak jemu ke? memang tak sebab roti tampal kat sini lebih garing & telur goyang yang paling best...dia punye feel tu bile sudu memcahkan telur kuning tu, pergh..melimpah ruah telur kuning tu..ditambah pulak dengan kuah campur- dal, kari & kuah hitam (myb masak kicap)..tapi masyalaah..sedap weh..

Roti Tampal & Nescafe Tarik


Tau ke apa tu roti tampal? Mula-mula dulu pelik jugak dengar roti tampal. Adakah roti canai ditampal 2 jadi 1, atau roti canai yang ditampal kat roti, atau roti canai yang ditebar secara tampalan pada kuali atau roti canai yang tepungya ditampal-tampal untuk dijadikan roti canai dan idea yang paling teruk sekali ialah roti canai ditampal dengan gam...(mabuk kah?)..Apabila hari-hari berdating sebelum ke tempat kerja, kedai mamak menjadi saksi cinta (ewah)..dah sampai sanggap tak tau nak makan apa..nyudahnya tanye kat tukang order, ada apa menu lain selain roti kosong, roti telur, capati, roti bawang, tosei, telur separuh masak, roti bakar, tosei telur dan lain2..(nampak no kau kaki mamak)...tu yang si tukang order cakap roti tampal. Kami berdua pun angguk tanda setuju. Tungu roti tampal penuh debaran nak tahu cam mana la rupenya roti tampal..Bila smapai kat meja..owhhhhhh..roti canai ditepekkan telur. tak ada special sangat kot..Tapi tu la, kejutan yang diberikan roti tampal adalah kuning telurnya yang mengalir bila dipecahkan. Bagi yang suka telur dimasak cara macam ni atau dipanggil telur goyang..memang heaven. Tapi bagi yang banyak songeh x suka dengan hanyir telur..ikut sahaja tekak sendiri ye..

Lepas-lepas tu try la kita ni kat kedai mamak lain, order roti tampal..banyak yang kurang jadi. Bila selidik rahsia kat roti tampal ini adalah kegaringan roti canai itu sendiri. Kena garing baru ngam woo...Pernah jugak la, yang si tukang buat ni buat tak garing...kena reject la..so, skrng ni.kalau i order, memang garing2 dia bagi...

Kedai i makan ni pernah dinobatkan 10 kedai nasi kandar terbaik di KL..x perlu nak terbang ke Penang kalau setakat nak merasa nasi kandaq. Specialty dia kat sini ialah kuah hitam dia..pergh..memang terbaik kau...Orang yang lama dusuk KL or kiranya pangkat abahmak kita memang tau la tempat ni...kedai otai. Nama kedai Restoran Ibramshah Nasi Kandar. Nak datang google aje. Kalau staf area2 Jln TAR memang pakat datang breakfast & lunch. Setakat ni, time lunch je la beratuq panjang...

Nanti i share ada lagi 1 menu yang x ramai yang tahu..Ada kat cni jugak..memang rare...Esok2 aje la. now nak keje..

p/s : smlm naik star lrt  kena tinggal separuh jalan...hahahaha..


Thursday, January 4, 2018

CERITA POLIS

2018!!! Selamat Tahun Baru!!


Bila tengok blog sendiri, tahun lepas 1 je entry...tepuk dahi hokeh...antara azam tahun 2017 ialah ingin memblog dengan cargas...hampeh..Dulu alasan sebab beranak, asik mengulit anak pagi petang siang malam, pastu alasan keje yang bertimbun-timbun kat opih...So, untuk tahun baru ini adalah lebih baik tidak mewarwarkan azam secara zahir..batinkan aje azam tu..boley? kalu berazam lebih2 confrm tak menjadi. Jadinya zahirkan aje dalam hati, myb menulis hari2. 

Dalam kepala banyak benda nak ditulisnye. Dari cerita hal anak, suami, makbapak, adikbradik, kerja, ofis, lrt, manusia sejagat dll. Pergh, pemikiran tahap apa ko ni? Semua benda nak fikir...Hahahahha..So utk entry kali ini, kita fokus cerita kat tajuk utama. (sebab tu tulis tajuk awal2, fokus). 

Bukan nak cerita sangat pasal polis tapi ada kaitan la jugak sebab berlaku dekat balai polis. Nak dijadikan cerita, I pegi balai polis nak buat report. Report untuk tarik kereta. Sbrnya, sukarela melepaskan kereta itu ditarik. Yang ini cerita yang lain. Kita masuk bab kereta, bank & hutang. Sementara menunggu giliran untuk buat report, terdengarlah report satu makcik ni..sebab dia punye cerita satu balai boleh dengar..gitew. Bile dengar betul2, rupanya kes kena tipu..RM50k (cash & barang kemas). Yang paling hangat, baru berlaku 2-3 jam sebelum. Siap tunjuk plastik merah berisi garam. Menyelah la ketua balai cakap makcik tu kena pukau...ini bukan kes kali pertama, tapi dah ada beberapa kes berlaku sebelum tu. 

Haiyo...makcik tu boleh cerita detail macam mana benda tu boleh berlaku. Kronologinya adalah seperti yang makcik tu cerita,

" Pagi tadi, makcik macam biasa pergi pasar. Jalan kaki sebaba pasar dekat. Masa nak smapai kat area pasar tu, ada seorang perempuan datang kat makcik macam nak jual barang tapi bawak plastik merah. Dia tanya makcik, sihat ke? ada sakit2 ke? makcik pun jawab la..biasela orang tua, sakit kaki, kencing manis..Perempuan tu tanye makcik lagi, duduk kat mana? Makcik cakap la duduk kat apartment hujung sana. Perempuan tu pun cakap, dia pun duduk kat situ. Makcik tingkat 10, dia duduk tingkat 8. Pastu dia cakap lagi, saya nak bagitahu makcik, kalau nak sihat dan umur panjang, dia boleh tolong sembahyangkan sebab dia nak pergi temple suci kat Taiwan. Memang mujarab. Kalau x percaya makcik ambik plastik ni. Makcik pun ambikla plastik ni (sambil tunjuk plastik berisi garam atas meja)...Pastu, dia cakap lagi..kalau nak sembahyang kena bayar. Lagi banyak bayaran, lagi mujarab la. Makcik pun pegila bank..keluarkan semua duit simpanan makcik. Makcik pegi naik teksi. Lepas tu balik rumah, amik barang kemas. Turun bawah jumpa budak perempuan tu. Dia tunggu makcik depan guardhouse. Makcik pun serahkanlah semua duit dan barang kemas pada dia. Kemudian makcik balik rumah dan tersedar yang makcik macam dah kena tipu (macam ye)..makcik cakap dekat jiran sebelah..tu yang dia suruh datang sini buat report..Kalau anak makcik tau ni, habislah makcik...." 

Kesian pulak nengok makcik tu..tak pasal2 habis duit dalam sekelip mata...Ayat suruh makcik ni lagi best...siap suruh polis pegi time-time tu jugak cari perempuan tu...siap ckap perempuan tu belum lari lagi la...pegi tangkap sekarang la...hahahahaa..Itu la ceritanya...kita yang blom terkena ni..hati2 la ye. kadang2 berhati2 pun terkena juga..apa2 pun beringat, tawakal la ye..

*foto sekadar hiasan

Wednesday, September 13, 2017

HIJAB WORLD

ASSALAM & ANYONGHASEYO!!!

Yeay!!! I managed to write again. as to update, now i have new career, new environment & new commitment! Thank you Allah for this opportunity. 
Well its been while for me as I am busy raising my youngest son (now hes reaching 3) & juggling with my work. Hes doing just fine with a lot of adventures ahead. 
I must say we need changes in our life to see more opportunity & different views of people. We must need booster in life to create more adventurous challenges. 
Before this, Im not into the hijab world especially on latest design. I just wore what comfortable & nice to me. (actually very old fashion) but sometimes I do changes the style when it involves event that I went to. 
My involvement in AIFW & MILE last May, make me see the changes of what hijab women are today internationally. They are supporters for modern modesty hijab which created a lovely line of fashion for Muslim women. More trendy with lots of simplicity and politeness. I did my own research where many of them started to have their own blog, vblog, youtubers and not to mentioned they really have millions of followers. I wonder why but the answer is simple..they provided beauty and education. Furthermore, these bloggers share their thoughts & opinion towards Islam & how they put themselves into the world of modesty. No judging to each other. Sharing on what the best for women to look beautiful in and out, really attracts many of hijabers. Teens needs references and living in the world of fast medium communications, they need fast info and tries different level of apps. 
I am not going to mentioned any person names here but this hijabers is growing each day to compete in positive worlds. No they even have a society for local blogger. 
How do we look or what we do, we must folow our faith. Pray & doa always. 

Saturday, December 3, 2016

RAJIN ATAU TAK?

Assalam. 

Terperasan jugak, akhir tahun je baru nak memblog. Mungkin sebab keadaan cuaca yang sejuk, nyaman..maklumlah hujan hari-hari. Tak jugak! Ini sebab dah terasa lama bebenor tak menulis blog. Orang siap 'carik makan' dengan blog lah..Kita? Memblog untuk mempertingkatkan lagi kemahiran menulis..gitu..

Kali ini, menulis penuh dalam bahasa Malaysia. Tak nak campur dengan English. Bagi saya orang yang suka merojakkan bahasa adalah orang yang sebenarnya dia tak tahu kedua-dua bahasa. Contoh paling dekat, diri sendiri. Cakap campur BM-English. Bila suruh cakap penuh English, agak gagal jugak lah. Bila suruh cakap penuh bahasa, hamek ko, lintang pukang bahasanya. Adalah baik sekiranya kita guna aja 1 bahasa dalam satu-satu masa. Anak-anak pun x keliru. 

Saya dah praktikan, memang sangat berkesan. Siap bagi jadual pada anak-anak, hari apa perlu cakap English, hari apa cakap bahasa. Dah macam zaman saya sekolah dulu. Kalau ikutkan kat sekolah saya dulu 100% bahasa pengantarnya English tapi masih menerapkan bahasa Malaysia sebab nak galakkan murid-murid yang tak bercakap bahasa bertutur dalam bahasa. Mereka ini memang tak berapa nak cakap bahasa sebab kat rumah bertutur English. Bukan anak orang putih pun. Tapi, bahasa mereka sangat bagus, tak de pelat langsung apabila dah bergaul kat sekolah. Macam saya, 100% menggunakan bahasa. Bila kat sekolah, agak terkejut jugak la dengan budaya 100% bertutur English ni. Pernah kena denda dengan pengawas sebanyak 20sen sebab cakap bahasa pada hari yang jadualnya English. Bukan sekali dua, banyak kali. Jadi, nak tak nak memang kena bertutur English walaupun tongang terbalik. Akhirnya, kerana rendah diri, memang tak ikut pun walaupun ramai yang bantu membetulkan. Berfikiran cetek sungguh pada masa usia remaja tu. Bukannye tak pandai, tapi tidak la selancar macam orang putih tu. Bolehlah...

Yang paling penting, jangan sesekali memperlekehkan orang. Ohh..ni memang ramai. Siap jeling sinis la kalau saya dan anak-anak bertutur English, nak pulak kat kedai makan yang majoritinya orang Melayu. Dengar jugalah ke telinga saya, 'cakap orang putih, dah macam tak reti cakap melayu'. Anak-anak saya mendengar dan bertanya 'Tak boleh ke kita cakap Englih? Jawapan saya ialah 'Abaikan orang-orang macam tu, kawan pun jangan sebab dia tidak membantu kamu untuk jadi pandai'. Saya ingatkan orang di zaman saya aje yang bercakap seperti itu dan mereka patutnya berubah la juga, ini tidak,  membawa budaya itu turun temurun. Saya sangat kasihan dengan keluarga itu. Saya mengambil iktibar dari kesilapan saya dan mempraktikkan kepada anak-anak saya. Mujur saya menyedari kesilapan dan cuba memperbetulkannya. Kita boleh fikir sendiri la ye, budaya yang menjadi ikutan dan tak. Ada ramai juga cikgu-cikgu kat sekolah yang berfikiran macam itu. Tak semua tapi kebanyakkannya. Galakan bukan sahaja dari segi untuk belajar tetapi apa sahaja yang menuju ke arah kebaikan. 

*(bila baca balik, ayat dah jadi skema..erk...)

Berbalik kepada isu rajin atau tak? Ini memang sangat subjektif. Subjektif ke? Macam menilai ketampanan atau kecantikan seseorang? Jauh sangat tersasarnya. Apa-apa yang kita buat, mesti ada usaha. Kalau berusaha tetapi, masih belum mencapai sasaran, kita usaha lagi..dan lagi...sehinggalah mencapai apa yang kita nak. Tetapi kekadang usaha di campur dengan kebodohan tak jadi jugak. Usaha mesti dengan kepandaian. Kalau dah nampak usaha yang kita buat itu tak kan membuahkan hasil, kenapa perlu buat lagi? Kan? Tukar cara, dan cuba lagi. Kalau dah cuba, orang lain pun nasib yang sama tetapi dia berjaya, mungkin ada hikmahnya di situ. Yang penting bijak menyelesaikan masalah. 

Nak di kira masalah, memang tak terkira la kot. Hari-hari ada masalah terutamanya yang dah ada anak. Masalah anak ini dibuat je, nak tengok macam mana kita bijak tak dalam menangani masalah tersebut. Sampai tahap nak mandi pun bermasalah, nak makan, nak tidur, nak main...ada je konflik. 
(Saya ada anak umur 9,7 dan 2 ye..). Kalau di tanya ibu-ibu yang kat luar sana terutamanya mereka yang ada anak lebih dari 2, pergh..memang itu la tabii budak-budak. Sangat kagum dengan ibu-ibu yang kerjanya menguruskan anak-anak. Bagi saya perkataan surirumah itu dah tak sesuai di gunakan lagi. Bukan apa, pernah berada pada situasi itu dan memang ramai yang memandang rendah kalau kita cakap kita ni surirumah. Nasib baik la saya ni jenis yang ikut suka kau la apa ko nak kata, nak mengumpat, pergi jaha....( bahasa kasar nih). Banyak sangat pandangan yang terbuku kat dalam hati ini. Rasanya, memang kena tunggu bulan Disember la untuk memblog sebab menjadi satu rumusan apa yang berlaku sepanjang tahun ini. Kesian bebudak, terbiar sekejap sebab mak dia sibuk memblog. (Padahal mereka sebuk dengan tablet..cet). 

Sehingga isu yang lain! 


Tuesday, December 8, 2015

JANJI TINGGAL JANJI

Assalam..
Janji tinggal janji atau janji manis? Emmmm..tak ada kena mengena dengan hidup atau yang mati. Yang penting tumpang glamer tajuk lagu KRU & Aisyah. Bolehla..

Kaitannya, konon nak menrajinkan diri update blog, nyudahnya 30 hari jugak..apa-apa pun, 2-3 hari lagi si bongsu umur dah setahun. Orang tua dulu-dulu kata, selagi tak beso macam-macam perangai kluor. Mentang2 la dah bley berjalan, ibarat orang baru dapat lesen keta, gila stereng. sel-sel otak yang sedang berhubung dengan hebat sekali. Inilah penangan minum susu ibu, semuanya cargas & perkembgan yang sangat cepat kalau dibandingkan dengan abang-abangnye. Apa-apa pun, sememangnye anak-anak yang dah abang atau kakak ni memang cepat sebab dia ada pemangkin dan contoh depan mata untuk mencuba apa yang ada. Ditambah pulak dengan dorongan padu oleh abang-abangnye. 

Ini pun membiarkan si kecik tu tertongeng-tongeng main sendirian. Abang-abang tolong tengok. Tengok kalau dia makan bendasing. Maklumlah part yang tu pun cepat juga. Pantang nampak benda yang boleh masuk mulut...Semua dia nak rase. Yang paling best, suka pulak buat sepah tempat-tempat yang kemas. Contohnya, rak baju yang baju-bajunya dilipat kemas-di kumbahnye...rak buku dengan buku tersusun teratur-digodaknya. Memang tak nampak lantai lah...Apa-apa pun, Mumy jugak kena kemas. Tak pe lah nak, sel-sel otak tengah berkembang ye...(dalam hati, nanges nak kemas & melipat baju lagi sekali)...

Untuk bulan ni, ok la jugak sebab musim cuti sekolah. Riuh jugakla rumah dengan scene-scene macam cerita Tamil. Gelak-ketawa, gaduh-gaduh, maki-memaki, nanges-nanges..pendek kata semua ada la..Stress? Mau tak? Hanya yang ada anak sedang membesar & duduk rumah (suri rumah) aje yang paham sesangat. Kadang-kadang terpikir jugak perkataan SURI RUMAH. Seharusnya SURI itu membawa kepada makna 'PermaiSURI'. Seharusnya mendapat layanan paling best, dipandang tinggi, dan dihormati. Ini tidak, bila sebut aje SURIRUMAH, macam hina sangat la yang duduk rumah ni. Pandang macam bodoh sangat. Cuma tahu hal-hal urusan rumahtangga. Persepsi ini harus diubah sama sekali. Ye, saya dah lalui zaman berkerjaya dan sekarang zaman menjadi SURI. Ni satu topik yang perlu dikupas dengan lebih terbuka. 

Let do some research then I write about it. Apa-apa pun yang kita buat, hati kena bersih. Ajar hati untuk jadi lebih baik. Buang sikap2 bisikan syaitan yang buruk2. Tak guna kalau solat cukup 5 waktu dan mengaku Islam, tetapi masih wujud hasad dengki, caci-mencaci, menghina orang lain. Yang paling best, mengumpat orang. Cukup2la. 

Hilang stress bila dapat menulis begini. Kepada yang membaca TQVM. Bagila komen kalau nak komen, tapi selalunya saya baca blog orang aje tanpa tingalkan komen. Till next time..
Below is my youngest son. 



Monday, October 26, 2015

Kembali lagi!!!

Keinginan di hati nak jengok blog yang dah lama ditinggalkan ni rupa-rupanya dah setahun tak update story. Bile baca last writeup, erk..masa tu belum bersalin dan sekarang anakku dah nak masuk 11 bulan. Nampak sangat orang yang beranak kecik ni sebuk. Tak ada masa nak menulis blog. Sebenarnya bukan la sebuk tetapi letih. Kena faham, no maid and bukan ada baby aje, lagi 3 orang nak kena uruskan (huby & anak 2 orang). 
Seronok sebenarnya ada baby kecik ni. Walaupun penat dan pernah la diri ni jadi zombie (mlm x tido)- (hanya mereka-mereka yang ada pengalaman ini aje yang faham), itulah pengalaman yang sangat berharga tau. Apa-apa pun, I need a place to write because what i read & learned should be share to others. Bila pikir-pikir balik, ada 3 orang je follower? Lawak la plak. X pe, janji saya menulis dan mengarang. 

Sangat membosankan apabila membaca isu-isu politik negara, Baru-baru ni pembentangan budget 2015, tak ada yang menarik pun. Rasa nak marah pun ada. I dont want to elaborate on details but nothing changed for the past years. Yang makin kaya terus kaya, yang miskin terus la tersepit. Yang paling best, golongan pertengahan masih merasai kesempitan. Nak kata susah tak, nak kata banyak duit pun tak. Cukup-cukup makan. I bet nak saving pun payah. Apa-apa pun, kita ada pilihan untuk itu. Di beri akal & tenaga untuk berusaha. Memang betul rezeki dari Allah, tetapi kalau x berusaha? Kalau usaha & kerja tapi menindas orang lain? Kalau usaha tapi x capai yang dikehendaki? Itu baru Qada' & Qadar namanya. 

Ok la. Now ada tugasan menanti. Revision anak-anak pulak. Minggu exam. Yang itu cerita lain pulak. Tatata...